Monday, 30 April 2012

"Ayam masak lemak cili Api"



Hmm..yg nie ayam masak lemak cili api taw..bkn kari ayam yer..hehe. Biasenye nie masakan org n9 kn?x kisah la ak org klntan pon ak ske jgk ayam masak lemak cili api..sekali ak masak pnyer berapi tlinga..hah, ambik kau..moh ak ajor korang cmne nk tgkap leleh mak bapak korang..haha..


Bahan-bahan:-
>1 ekor ayam dipotong, cuci bersih dan toskan.
>1 liter santan cair
>1 cawan santan pekat (pati santan)
>2 keping asam gelugur
>2 batang serai
>2-3 helai daun limau purut
>Garam dan gula secukup rasa.

Bahan Kisar:-
* 5 biji cili padi
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1cm halia
*1cm lengkuas
*1cm kunyit
*3 biji buah keras

Cara penyediaan:-
1) Masukkan ayam bersama serai, asam gelugur, dan bahan2 kisar kedalam periuk dan masak dgn api yg sderhana.

2) Tuangkan santan cair.

3) Bila mendidih tambahkan santan pekat, daun limau purut, dan masukkan garam dan gula scukup rsa. Biarkan mendidih seketika. Dah masak bole pdam api dan sedia dhidangkan..

Sunday, 29 April 2012

LAKSA LEMAK KELATE

Ehem2...pernah makan laksa lemak x?law x prnah jom cuba resepi sy  nie..besenye org kelate jer ske laksa lemak nie..sbb tu la kbnyakkan org kelate nie berlemak ckit.hehehe..ape tunggu lg..jom follow resepi sy:)

Bahan-bahan:-
1) Sekilo santan (digunakan untuk mengisar bawang, ikan dan juga sebagai kuah)
2) Sekilo ikan direbus dengan sedikit garam
3) 10 ulas bawang merah
4) 5 ulas bawang putih
5) Halia
5) selabu bawang besar kuning
6) garam dan gula
7) asam keping mengikut citarasa anda
8) serbuk lada hitam

Cara memasak :-
1- Semua jenis bawang dan halia dihiris kasar dan diblender dengan santan.Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.
 2- Ikan rebus dibuang tulang dan diambil isi sahaja. Kisar isi ikan dengan santan juga.Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.
 3- Satukan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Kemudian, masukkan lagi lebihan santan baki dari yang dikisar tu. Kacau sekata tanpa dihidupkan api terlebih dahulu.

4- Selepas sekata, barulah dipanaskan periuk tadi. Kacau dengan kerap. Jangan tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul. Masukkan garam, asam gelugor / asam keping, gula dan serbuk lada hitam.

5- Selepas rasa sebati dan kuah telah mendidih, matikanlah api dan sedia dihidangkan. Jangan dibiarkan lama mendidih. Nanti pecah minyak tak best.

Laksa lemak dimakan dengan :-
a) kacang panjang, daun kesum, daun serai dan bunga kantan dihiris halus digaul bersama. Daun kesum dan bunga kantan kena sikit jer taw sebab nak baunya jer.  
b) taugeh sekadar dibersihkan dan diletakkan dalam bekas berasingan.
c) timun batang yang dihiris halus dan diletakkan dalam bekas berasingan.
d) sambal jantan (iaitu cili besar kisar + gula + garam)
e) belacan yang dihiris kecil dan diletakkan dalam bekas berasingan.
f) limau nipis dan limau kasturi yang dibelah.
g) garam halus (untuk mereka yang mahu rasa lebih masin) diletak dalam bekas berasingan.

Sunday, 22 April 2012

NASI KERABU KELATE


Jom makan nasi kerabu…Nasi kerabu antara makanan favorite saya dan tradisional food org kelate. Jom buat Nasi Kerabu...rugi sape2 yg x ske..hehe

Utk Nasi:-
* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru
 #Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.
Utk Sambal Kelapa/Ikan
* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang (guna mackerel in sunflower oil- basuh sikit)
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
Utk Kuah Sambal
* *5 batang cili kering
* *5 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *2 inci belacan- bakar dulu
* *1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
> masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagi hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.
Utk Solok Lada:- (solok lada mknan yg agak femes kt kelate) wink2
* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagi hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak.Rebus ngan santan jer!
Ulam-ulaman & bhn lain
* kacang panjang dihiris
* taugeh
* timun dihiris
* daun kesum dihiris
* kubis dihiris
* bwg jeruk
* telur masin rebus
* keropok ikan
* sambal belacan

Monday, 16 April 2012

NASI DAGANG KELATE



Haah..Amacm ade brand x?hehe..nmpak mcm sedap jerk an nasi dagang nie?Alaa..not so difficult la geng..simple2 pon bole masak laa..moh kte try wat nasi nie plak..ak ajar masak nsi je taw sbb ak rase korang da pndai msak kari ikan..ala, kari ikan yang bese2 je..tp tngan mesti power okey..haha

Bahan-bahan-

>1 kg beras lembut atau beras wangi (beras nasi dagang dari Kelantan..hehe promote ckit bro) 
>Santan pekat + air (sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari)  
>1 sudu garam halus
>sejemput halba *kalau x kenal tny nenek or mum..hehe
>1 1/2cm halia- dihiris halus memanjang 
>5 ulas bawang merah- dihiris 
>3 ulas bawang putih- dihiris 

Cara:- 
1) Bersihkan (basuh) beras hingga bersih & tos sebentar. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker. 
2) Masukkan santan pekat + air & garam. Gaul rata semua bahan. 

3) On rice cooker (*tgok korg bole guna rice cooker jer taw..ak guna dpur gas jer..hebat x?hehe..) dan biarkan sehingga nasi masak. 
4) Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.

Thursday, 5 April 2012

AYAM BAKAR MADU




Adeyh..bile tgok ayam bakar madu nie tingat plak bulan pose..ayam bakar madu nie feveret aku..so,law dlm bulan pose hmpir setiap ari aku bakar ayam madu..hehe..resepi ayam bakar madu ak cm kt bwah nie..xtaw la korang wt bakar ayam madu cmne..xpela,yg pnting sharing is caringJ

Bahan-Bahan:-

1 ekor ayam

Bahan2 untuk dikisar

*2 sudu besar serbuk cili
*2 sudu besar serbuk ketumbar
*1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
*2 batang serai
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*¼ inci lengkuas
*2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
*1 biji bawang besar
*2 sudu besar air limau kasturi
*3 sudu besar gula pasir
*3 sudu besar madu
*garam secukup rasa
*serbuk perasa jika suka

Cara Masakan

1- Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.

2- Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180'C.

3- Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.

4- Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.