Sunday 29 April 2012

LAKSA LEMAK KELATE

Ehem2...pernah makan laksa lemak x?law x prnah jom cuba resepi sy  nie..besenye org kelate jer ske laksa lemak nie..sbb tu la kbnyakkan org kelate nie berlemak ckit.hehehe..ape tunggu lg..jom follow resepi sy:)

Bahan-bahan:-
1) Sekilo santan (digunakan untuk mengisar bawang, ikan dan juga sebagai kuah)
2) Sekilo ikan direbus dengan sedikit garam
3) 10 ulas bawang merah
4) 5 ulas bawang putih
5) Halia
5) selabu bawang besar kuning
6) garam dan gula
7) asam keping mengikut citarasa anda
8) serbuk lada hitam

Cara memasak :-
1- Semua jenis bawang dan halia dihiris kasar dan diblender dengan santan.Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.
 2- Ikan rebus dibuang tulang dan diambil isi sahaja. Kisar isi ikan dengan santan juga.Kisar hingga betul-betul lumat dan halus.
 3- Satukan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Kemudian, masukkan lagi lebihan santan baki dari yang dikisar tu. Kacau sekata tanpa dihidupkan api terlebih dahulu.

4- Selepas sekata, barulah dipanaskan periuk tadi. Kacau dengan kerap. Jangan tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul. Masukkan garam, asam gelugor / asam keping, gula dan serbuk lada hitam.

5- Selepas rasa sebati dan kuah telah mendidih, matikanlah api dan sedia dihidangkan. Jangan dibiarkan lama mendidih. Nanti pecah minyak tak best.

Laksa lemak dimakan dengan :-
a) kacang panjang, daun kesum, daun serai dan bunga kantan dihiris halus digaul bersama. Daun kesum dan bunga kantan kena sikit jer taw sebab nak baunya jer.  
b) taugeh sekadar dibersihkan dan diletakkan dalam bekas berasingan.
c) timun batang yang dihiris halus dan diletakkan dalam bekas berasingan.
d) sambal jantan (iaitu cili besar kisar + gula + garam)
e) belacan yang dihiris kecil dan diletakkan dalam bekas berasingan.
f) limau nipis dan limau kasturi yang dibelah.
g) garam halus (untuk mereka yang mahu rasa lebih masin) diletak dalam bekas berasingan.

No comments:

Post a Comment