Thursday, 5 April 2012

AYAM BAKAR MADU




Adeyh..bile tgok ayam bakar madu nie tingat plak bulan pose..ayam bakar madu nie feveret aku..so,law dlm bulan pose hmpir setiap ari aku bakar ayam madu..hehe..resepi ayam bakar madu ak cm kt bwah nie..xtaw la korang wt bakar ayam madu cmne..xpela,yg pnting sharing is caringJ

Bahan-Bahan:-

1 ekor ayam

Bahan2 untuk dikisar

*2 sudu besar serbuk cili
*2 sudu besar serbuk ketumbar
*1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
*2 batang serai
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*¼ inci lengkuas
*2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
*1 biji bawang besar
*2 sudu besar air limau kasturi
*3 sudu besar gula pasir
*3 sudu besar madu
*garam secukup rasa
*serbuk perasa jika suka

Cara Masakan

1- Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.

2- Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180'C.

3- Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.

4- Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment