Tuesday 27 March 2012

Tip untuk perlindungan rambut



                     

                                 


Rambut yang selalu terkena sinar matahari, lambat laun memudarkan warnanya dan menyebabkan hujung rambut menjadi pecah-pecah (eplit end). Untuk menghindarkan kerosakan rambut, cuba anda ikuti beberapa tip berikut:

#Hindari sinar matahari antara jam 10 pagi hingga jam 3 petang kerana ketika itu sinar matahari memancarkan sinarannya yang paling kuat. Jika anda tetap memerlukan aktiviti di luar rumah, gunalah tudung untuk menutupi rambut anda.

#Janganlah ragu menggunakan krim penghalang cahaya matahari at least SPF 15 pad a rambut dan kulit kepala dengan menggunakan sikat jika anda terpaksa berada lama dibawah terik matahari.

#Lakukan rawatan rambut di salun paling tidak sebulan sekali, walaupun kita memakai tudung tetapi rambut dan kulit kepala hendaklah dijaga.

okey...selamat mencuba :)


Friday 23 March 2012

Tip mengatasi kulit kering


1st of all...jom ikuti entry sy nie:)



- Mulai sekarang, gunakanlah produk perawatan kulit yang berasaskan air (water based formula), kaya pelembab (moisture-rich) serta yang mengandungi vitamin E (untuk membantu menjaga kelembapan kulit)


-Jika anda banyak beraktiviti di ruangan berhawa dingin, gunalah pelembab tubuh or wajah sekerap wajah.


- Gunalah pelembab sejurus selepas mandi ketika tubuh dalam keadaan lembab.



-Lakukanlah perawatan muka khasnya untuk kulit kering (make sure that salun menyediakan produk rawatan muka untuk kulit jenis ini) sekali atau 2 kali dalam sebulan.


-Hindari memakai produk perawatan kulit yang mengandungi sulfur (kerana dpt menjadikan kulit menjadi kering).


-Mahu tidak mahu, anda mesti banyak minum air suam untuk menjaga kandungan air di dalam kulit .




                  


Sunday 18 March 2012

Tip menjaga berat badan

Tip berikutnya memberitahu tujuan awal rancangan menurunkan berat badan supaya tidak ditinggalkan begitu sahaja;-

# Pengambilan beraneka jenis makanan berzat.

# Ingatlah selalu bahawa anda ingin berubah menjadi langsing supaya cergas, sihat dan meningkatkan rasa percaya diri.

# Buatlah jadual atau program untuk diri anda. Tetapkan jangka waktu yang ingin anda capai dalam setiap tahap.

# Berfikiran positif bahawa anda akan berjaya melakukanya.

# Jangan lupa selalu puasa sunat seperti Nabi Daud, sehari berbuka sehari berpuasa. Jika terasa berat cukup dengan puasa Isnin hingga Khamis.




Tip mengenal perubahan kosmetik


Jom check make-up kita!!!

Lipstik tahan 6 bulan. Buang apabila:

*Tekstur lipstik tidak mulus lagi dan dan terdapat butiran-butiran.
*Warnanya rosak. Warna bahagian atas lipstik lebih pudar dari bahagian bawahnya.
*Baunya menjadi masam.

Bedak tabur mampu bertahan 4 bulan. Buang apabila:-

*Ada titik2 bererti telah diserang.
*Baunya kurang sedap

Krim atau losyen tahan 3-4 bulan. Buang apabila:-

*Baunya berubah menjadi masam kerana losyen mengandungi oksida buah-buahan sehingga bau masam jika sudah tamat tempoh.

Pembayang mata tahan 3-4 bulan. Buang apabila:-

*Ada binyik-bintik bererti telah diserang kulat.
Maskara tahan 3 bulan.

*Baunya berubah
*Cairan mengetal dan bergumpal.