Sunday 22 April 2012

NASI KERABU KELATE


Jom makan nasi kerabu…Nasi kerabu antara makanan favorite saya dan tradisional food org kelate. Jom buat Nasi Kerabu...rugi sape2 yg x ske..hehe

Utk Nasi:-
* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru
 #Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.
Utk Sambal Kelapa/Ikan
* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang (guna mackerel in sunflower oil- basuh sikit)
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
Utk Kuah Sambal
* *5 batang cili kering
* *5 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *2 inci belacan- bakar dulu
* *1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
> masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagi hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.
Utk Solok Lada:- (solok lada mknan yg agak femes kt kelate) wink2
* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagi hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak.Rebus ngan santan jer!
Ulam-ulaman & bhn lain
* kacang panjang dihiris
* taugeh
* timun dihiris
* daun kesum dihiris
* kubis dihiris
* bwg jeruk
* telur masin rebus
* keropok ikan
* sambal belacan

No comments:

Post a Comment